Tabla
adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam
masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang
Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil)
dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya
dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal
pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
.
.
.
Tabla
ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik tradisional india yang
dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan,
persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.
Cara
bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di
hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan.
Bermain Tabla secara konsisten dapat membantu melapangkan minda, memberi
ketenangan pada jiwa serta menguatkan otot tangan.
Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah selesai latihan bermain Tabla.
No comments:
Post a Comment