Asal Usul
Gamelan adalah salah satu genre muzik yang amat popular
di dunia. Ia dikatakan berasal dari kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia.
Gamelan sendiri berasal daripada perkataan Jawa
Gamĕl yang bermaksud “pukul” atau “tabuh”. Ia
bersempena dengan kebanyakan peralatan muzik atau Ricik dari jenis
pukulan.
Muzik Gamelan menjelaskan kepercayaan dan
perasaan yang mendalam terhadap kehidupan dalam masyarakat
Indonesia. Ia selalu dikaitkan dengan upacara ritual kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Di kampung-kampung Gamelan dimainkan di berandar khas
berbentuk 4 segi di hadapan rumah. Berbeza dengan Gamelan yang dimainkan di
istana, Gamelan yang dimainkan di kampung adalah lebih mudah – ianya dibuat
daripada logam tembaga, kayu dan buluh sahaja.
Secara tradisionalnya Gemalan dimainkan oleh lelaki
sahaja. Ianya dimainkan secara berkumpulan, dan tidak ada seorang pun pemain
yang kelihatan menonjol dalam sesuatu persembahan.
Gamelan diturunkan ke generasi berikutnya dengan cara
peniruan dan ingatan sahaja. Namun hari ini teknik pengajaran yang lebih
sistematik telah diujudkan, antaranya dengan penulisan notasi menggunakan huruf
dan nombor-nombor sebagai panduan pemain. Namun begitu notasi seperti ini tidak
melambangkan bunyi sebenar kerana apa yang dicatat hanyalah melodi asas sahaj.
Ianya perlu dianalisis oleh pemain terlebih dahulu sebelum dimainkan. Ini kerana
setiap alat dimainkan secara berbeza diantara satu sama
lain.
Alat muzik Gamelan dibuat dalam satu set. Ini
menyebabkan tiada keselarasan diantara satu set gemelan dengan set gamelan yang
lain – dari segi picnya

No comments:
Post a Comment