Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di
istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu
sahaja. Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi.
Sejak dahulu lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar yang
tinggal berhampiran dengan kawasan Nobat dimainkan. Manakala masyarakat
luar tidak banyak mengetahui mengenai muzik Nobat ini.
Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya ialah
Nobat hanya dimainkan ketika majlis-majllis tertentu di istana seperti
adat istiadat pertabalan, menyambut kelahiran baru di istana dan
lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat beberapa pantang larang
yang perlu diikuti ketika muzik Nobat hendak dimainkan.
![]() |
Alat-alat muzik Nobat |
No comments:
Post a Comment