Pada akhir abad ke-19, apabila Kerajaan Negeri Johor menjalin hubungan erat dengan Kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang daripada golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering di hiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari lalu memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura.
Bermula dari Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut di perkembangkan di tanah besar Johor.
Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering di kaitkan dengan nama Allahyarham Datuk Bentara Luar, Mohd.Salleh bin Perang. Semasa membuka dearah-dearah baru di Johor , Datuk Bentara Luar turut juga memperkenalkan seni muzik ghazal. Muzik ghazal sering dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu.
Selain dari Datuk Bentara Luar,ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenal kan kesenian muzik ini, antara nya ialah Ungku Ahmad bin Mohd.Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed bin Mohd.Khalid, Ungku Sulaiman bin Ungku Daud, Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid dan Encik Dapat.
Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor ketika itu, muncul lah Haji Musa bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak, Pak Lomak ialah cucu kepada Dato’ Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di dalam keluarga yang mancintai seni ghazal, Pak Lomak juga tidak dapat memisah kan dirinya dari seni ini, beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan lebih mendalam lagi.
Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor telah mengadakan program pengembangan muzik ghazal Johor sejak tahun 1996 melalui sekolah2 rendah dan menengah, mana2 sekolah yang berminat untuk menubuhkan ghazal di sekolah, Yayasan Warisan Johor akan memberikan sumbangan alat2 muzik ghazal dan juga tenaga pengajar. Sejak itu Yayasan Warisan Johor juga telah mengadakan pertandingan ghazal bagi kategori terbuka, remaja, sekolah menengah dan sekolah rendah.
No comments:
Post a Comment