
Pengenalan
- Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu.
- Bukan penyanyi Melayu saja petah berpantun secara sepontan malah masyarakat Baba Nyonya, Portugis dan Chitti juga membuktikan bakat mereka.
- Dondang sayang wujud di Melaka sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
- Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian itu dipersembah untuk menghiburkan tetamu dan pedagang-pedangan yang singgah di Melaka.
- Dondang sayang juga dinyanyikan oleh penduduk Singapura dan Indonesia terutama di Sumatera, tetapi yang membezakan dondang sayang Melaka dengan tempat lain ialah lenggok dan loghat penyanyi itu.
- Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah
- Disebut juga Dendang Sayang oleh orang Melaka membawa dua pengertian, bila disebut berdendang bermakna bernyanyi untuk bersuka-suka atau menghibur hati. Apabila disebut sayang akan membawa erti kasih iaitu melakukan dengan geraklaku yang lembut dan penuh mesra.
- Dari dua pengertian di atas maka bolehlah didefinasikan Dondang Sayang atau Dendang Sayang itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Ini bermakna nyanyian Dondang Sayang merupakan satu media atau satu cara untuk menyampaikan isi hati si penyanyi dengan lembut dan penuh mesra.



Ahli Dondang Sayang
- Biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik
- Seorang pemain biola
- Dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu
- Seorang pemain tawak (gong kecil).
Peraturan
- Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal.
- Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan.
- Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion
No comments:
Post a Comment