Sunday, 28 October 2012

PENGENALAN

PENGENALAN

Negara kita kaya dengan pelbagai warisan sejarah.Warisan sejarah telah dipelihara dan dipulihara untuk generasi akan datang.

  Warisan kesenian pula diwarisi daripada masyarakat yang pelbagai kaum.Kini,usaha giat diiakukan untuk mengekalkan dan memperkenalkan warisan kesenian negara

-Nur Akmar Atikah
-Nurul Fatin Najieha
-Vanessa
-Norul Muhammad Azri Syimir
-Muhammad Amierul Eqmal
-Irfan Daniel

SERULING CINA


PENGENALAN

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.  Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

SEJARAH

Seruling diperkenalkan sejak 7 ribu tahun iaitu bersamaan dengan kira-kira 4500 tahun  Cina yang lalu. Pada zaman purba ia diperbuat daripada menggunakan tulang dan selepas itu ia diubahsuaikan kepada buluh sehingga ke hari ini.

Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abad pertama sebelum Masihi, seruling ini dinamakan sebagai "Hengchui", dan mendapat kedudukan yang amat penting dalam alat-alat muzik tiupan.

- Abad ke-7   ~ Teknik permainannya mula berkembang maju dan boleh meniup muzik   yang berkualiti tinggi. 
- Abad ke-10 ~ Seruling menjadi instrument penting dalam okestra opera di kalangan rakyat dan opera etnik minoriti.


Seruling kaya dengan corak permainannya. Selain itu, ia dapat memainkan irama yang panjang, tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang riang gembira dan irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung




PERBEZAAN

Jenis permainan seruling dibahagikan kepada 2, iaitu di selatan dan utara negara China 

Langgam permainan seruling di selatan negara Cina adalah lebin terang dan indah. Seruling utama yang biasa dimaninkan adalah "Qudi". serulingnya agak panjang dan

kasar dan bunyi yang terhasilkan adalah lebih tebal dan lembut.Terutama yang

dipopularkan di kawasan selatan sungai Yangtze.









NOBAT

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.

   Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

   Sejak dahulu lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar yang tinggal berhampiran dengan kawasan Nobat dimainkan. Manakala masyarakat luar tidak banyak mengetahui mengenai muzik Nobat ini.

   Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya ialah Nobat hanya dimainkan ketika majlis-majllis tertentu di istana seperti adat istiadat pertabalan, menyambut kelahiran baru di istana dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik Nobat hendak dimainkan.

Alat-alat muzik Nobat

TABLA

Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat  terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
.
.
.

Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.


Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan  jari-jari dan tapak tangan. Bermain Tabla secara konsisten dapat membantu melapangkan minda, memberi ketenangan pada jiwa serta menguatkan otot tangan.
Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah selesai latihan bermain Tabla.


Monday, 15 October 2012

GAMELAN

Asal Usul

Gamelan adalah salah satu genre muzik yang amat popular di dunia. Ia dikatakan berasal dari kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia. Gamelan sendiri berasal daripada perkataan Jawa Gamĕl yang bermaksud “pukul” atau “tabuh”. Ia bersempena dengan kebanyakan peralatan muzik atau Ricik dari jenis pukulan.
Muzik Gamelan menjelaskan kepercayaan dan perasaan yang mendalam terhadap kehidupan dalam masyarakat Indonesia. Ia selalu dikaitkan dengan upacara ritual kelahiran, perkahwinan dan kematian. Di kampung-kampung Gamelan dimainkan di berandar khas berbentuk 4 segi di hadapan rumah. Berbeza dengan Gamelan yang dimainkan di istana, Gamelan yang dimainkan di kampung adalah lebih mudah – ianya dibuat daripada logam tembaga, kayu dan buluh sahaja.
Secara tradisionalnya Gemalan dimainkan oleh lelaki sahaja. Ianya dimainkan secara berkumpulan, dan tidak ada seorang pun pemain yang kelihatan menonjol dalam sesuatu persembahan.
Gamelan diturunkan ke generasi berikutnya dengan cara peniruan dan ingatan sahaja. Namun hari ini teknik pengajaran yang lebih sistematik telah diujudkan, antaranya dengan penulisan notasi menggunakan huruf dan nombor-nombor sebagai panduan pemain. Namun begitu notasi seperti ini tidak melambangkan bunyi sebenar kerana apa yang dicatat hanyalah melodi asas sahaj. Ianya perlu dianalisis oleh pemain terlebih dahulu sebelum dimainkan. Ini kerana setiap alat dimainkan secara berbeza diantara satu sama lain.
Alat muzik Gamelan dibuat dalam satu set. Ini menyebabkan tiada keselarasan diantara satu set gemelan dengan set gamelan yang lain – dari segi picnya

 Photograph:An Indonesian orchestra called a gamelan plays traditional music.

GHAZAL

Ghazal merupakan kesenian tradisonal masyarakat Melayu Johor yang popular dewasa ini. Pada peringkat permulaan nya, seni muzik ghazal ini di sebut “Gamat” yang bererti nyanyian nya riuh-rendah yang di katakana berasal dari Tanah Arab.

Pada akhir abad ke-19, apabila Kerajaan Negeri Johor menjalin hubungan erat dengan Kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang daripada golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering di hiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari lalu memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura.

Bermula dari Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut di perkembangkan di tanah besar Johor.

Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering di kaitkan dengan nama Allahyarham Datuk Bentara Luar, Mohd.Salleh bin Perang. Semasa membuka dearah-dearah baru di Johor , Datuk Bentara Luar turut juga memperkenalkan seni muzik ghazal. Muzik ghazal sering dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu.

Selain dari Datuk Bentara Luar,ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenal kan kesenian muzik ini, antara nya ialah Ungku Ahmad bin Mohd.Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed bin Mohd.Khalid, Ungku Sulaiman bin Ungku Daud, Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid dan Encik Dapat.

Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor ketika itu, muncul lah Haji Musa bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak, Pak Lomak ialah cucu kepada Dato’ Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di dalam keluarga yang mancintai seni ghazal, Pak Lomak juga tidak dapat memisah kan dirinya dari seni ini, beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan lebih mendalam lagi.

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor telah mengadakan program pengembangan muzik ghazal Johor sejak tahun 1996 melalui sekolah2 rendah dan menengah, mana2 sekolah yang berminat untuk menubuhkan ghazal di sekolah, Yayasan Warisan Johor akan memberikan sumbangan alat2 muzik ghazal dan juga tenaga pengajar. Sejak itu Yayasan Warisan Johor juga telah mengadakan pertandingan ghazal bagi kategori terbuka, remaja, sekolah menengah dan sekolah rendah.

See full size image

DONDANG SAYANG

dondang sayang Dondang Sayang Melaka
Pengenalan
  • Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu.
  • Bukan penyanyi Melayu saja petah berpantun secara sepontan malah masyarakat Baba Nyonya, Portugis dan Chitti juga membuktikan bakat mereka.
  • Dondang sayang wujud di Melaka sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
  • Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian itu dipersembah untuk menghiburkan tetamu dan pedagang-pedangan yang singgah di Melaka.
  • Dondang sayang juga dinyanyikan oleh penduduk Singapura dan Indonesia terutama di Sumatera, tetapi yang membezakan dondang sayang Melaka dengan tempat lain ialah lenggok dan loghat penyanyi itu.
  •  Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah
  •  Disebut juga Dendang Sayang oleh orang Melaka membawa dua pengertian, bila disebut berdendang bermakna bernyanyi untuk bersuka-suka atau menghibur hati. Apabila disebut sayang akan membawa erti kasih iaitu melakukan dengan geraklaku yang lembut dan penuh mesra.
  • Dari dua pengertian di atas maka bolehlah didefinasikan Dondang Sayang atau Dendang Sayang itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Ini bermakna nyanyian Dondang Sayang merupakan satu media atau satu cara untuk menyampaikan isi hati si penyanyi dengan lembut dan penuh mesra.
biola Dondang Sayang Melaka                                                                                                                                 Biola
rebana Dondang Sayang Melaka                                                                                                                                       rebana
tawak Dondang Sayang Melaka                                                                                                                                         tawak
Ahli Dondang Sayang
  • Biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik
  • Seorang pemain biola
  • Dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu
  • Seorang pemain tawak (gong kecil).
Peraturan
  • Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal.
  • Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan.
  •  Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion

DIKIR BARAT

Asal Usul Dikir Barat

Dikir barat bukan saja terkenal di Kelantan dan negeri-negeri di sekitarnya malah hingga ke Singapura. Dipercayai bahawa Dikir barat diperkenalkan di Tanah Melayu mulai tahun 1930 oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Salleh b. Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh Tape atau (Mat Leh Tape).
 
Tuan Haji Mat Salleh b. Haji Ahmad
Gelaran Tape dihujung namanya adalah panggilan mengikut nama sebuah kampung iaitu Tapang. Kemungkinan juga kebudayaan ini diasaskan beliau di Kampung Tape.

Dikir Barat

Terdapat teori yang mengatakan ia dibawa masuk dari Patani di selatan Siam. Di selatan Siam ia dikenali sebagai dikir karut tetapi disebabkan perkataan karut membawa erti tidak benar menyebabkan masyarakat Kelantan menukar memanggilnya dengan nama dikir barat iaitu merujuk kepada tempat asal dikir itu.

Teori yang kedua berpendapat bahawa dikir barat berasal dari Bangkat iaitu sebuah tempat di negeri India. Di Bangkat, dikir ini dipersembahkan untuk memuja dewa-dewa Hindu

.
Dikir Barat

Di India, persembahan dikir dibawa ke Siam kemudian berkembang pula ke Kelantan. Bentuk asal dikir barat ini hanyalah terdiri dari nyanyian juara dan awok-awok sahaja.
Adalah dipercayai pantun-pantun yang disampaikan oleh tukang karut adalah ciptaan Mat Leh Tape.




Tuesday, 2 October 2012

BORIA

Persembahan boria adalah sejenis teater yng amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang.  Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian yang diketuai seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat/ baton ketika menyanyi) dan diringi Sailor yang terdiri lebih daripada enam orang di belakang tukang karang yang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang.
Asalnya persembahan boria turut dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Timur Tengah, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein oleh Muawiyah Abi Suffian dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19, selain ada yang mendakwa persembahan asal ini berasal dari India menerusi kegiatan perdagangan oleh pedagang India Muslim suatu ketika dulu.
MELEKAT KUAT
Kesannya paling melekat kuat kini di kalangan masyarakat Melayu Pulau Pinang.
Dalam boria ada unsur lakonan, lawak jenaka, nyanyian, muzik serta tarian.  Unsur ini digarap menjadi persembahan yang mempunyai struktur istimewa.  Boria pada asalnya dilakonkan lelaki saja.  Namun apabila ia sampai ke Tanah Melayu, persembahannya bertukar corak dan pesertanya pula ialah lelaki dan perempuan serta ceritanya mengikut selera masyarakat tempatan.
Lakonan dalam boria menampilkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa dan terkini.  Seacara tidak langsung, ia menjadi saluran hiburan yang mempunyai mesej dan sensitiviti tersendiri.
Persembahan sketsa di permulaan mestilah ada pencadang, pembangkang dan penasihat.  Lagu yang dipersembahkan dalam boria mestilah dalam bentuk rangkap karangan yang hujung suku katanya setiap rangkap itu hendaklah sama dan berkait dengan sketsa.
CERITA ARAB
Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus.  Aspek penting ialah keupayaan pemuzik membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang.  Sebab itulah juga kadang-kadang alat muzik digunakan hanyalah gendang dan biola.
Bagaimanapun, lebih banyak alat muzik dapat digunakan semakin baiklah persembahan berkenaan.  Antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion dan harmonika.  Hubungan antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan ada kaitan dengan cerita Arab, maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab.  Muzik dan tarian dimainkan pun mirip bentuk Arab.  Malah bahasa yang digunakan pun dalam dialek Arab.
Boria boleh diiringi kumpulan muzik atau terkini menerusi 'minus one'.  Lagu boria pula bebas, ia boleh dicipta atau digubah daripada lagu sedia ada asalkan sesuai mengikut ciri persembahan boria.
Sumber:  B * POP (Berita Minggu, 2 September 2012)